Wednesday, 24 April 2013

ke mana hilangnyaaaaa saya ???

Assalamualaikum ~ 

asif asif ..cewaHhhhh ! cakap arab kunun..hahaha~ lamanyaaaa x update blOg, asyik layan fB, instagRam &&& wHatsaPp ..xdaa idea nak tulis d blOg ne, ne pun baru baik dari `cacar`..ciannn an ? hihi ~ xpa laa, dugaan tUu *sabaRrrr* ..hari tUu jnji mau cerita sal pgalaman umrah an ? nnti saya akan kOngsikan, hehe ~ result SPM ? alhamdulillah smuanya lulus wlupun x sebaik mana tpiii syukur sgat sgat, hari ne dpat tawaran masuk fOrm 6 *prgi @ x* ? saya isi `yaa` klau ada rezeki lain g, istiQarah laa jawabnyaaa ;) syukur ada rezeki masuk fOrm 6 ..hehehe ~

naNnnnti sambung g ~

Saturday, 9 March 2013

Im baCk

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum ~

hmm, lain macam jaa tajuk d atas an..HEHE~ xda laa sjaa jaa tUu cOz lama x update blOg ne..busy ??? study ??? x laa busy sangat, stdy blOm g sedang menunggu result SPM..hUuu~ tinggal beberapa hari jaa lagi ne, yakin jalaa dgn usaha selama ne..aitSss ! lari dari tOpik pula..HEHE~ rindu juga mau update blOg ne, sebulan lebih ditinggalkan tpi bsebab tau knpa lama x update blOg..antara sebabnyaaaa : 

jeng  jeng jengggggg

1. baru balik dari umrah [alhamdulillah] d usia 17thun 9bulan 15hari daa jadi tetamuNya..brsyukur sgat sgat
2. kurang sihat [batuk + slsma + sakit kpala+ demam] 

xpaa laa semua tUu ujian an ??? redha &&& pasrah jalaa dengan hati yang ikhlas :) Insya Allah akan dikOngsikan pengalaman saya menunaikan umrah..alhamdulillah semuanya selesai dengan tenang ;)


teruskan membaca cerita cerita dariKu ~ cewaHhhh :)

Wednesday, 6 February 2013

Iktibar disebalik pemergian Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir


Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum ~




KUBUR ALLAHYARHAMAH SITI HAJAR WANGI KETIKA DIGALI DAN LIANG LAHADNYA TERANG | BACA KISAH MENGENAI LIANG LAHAD ALLAHYARHAMAH SITI HAJAR TERANG DAN WANGI SEMASA DIGALI.

Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir.
Menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434.
Kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat.
Mengalami keretakan tulang tunjang.
Al Fatihah…

Kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang (mudah2an sebagai ganjaran amal kebaikan semasa hidup)


1) Ayah : kakak tak takut mati ke?
Hajar : tak..kakak dah sedia dah..


2) Ibu Bapa Hajar yg sentiasa tenang dengan bacaan Al- Quran dan tasbih di tangan. Dalam keadaan ini, ada sesetengah orang sibuk menyalahkan dOktOr dsb. Ketika mana jenazah hendak disOlatkan, Hujan rahmat turun seketika.

3) Arwah pernah cakap kat ayah dia, dia x sempat nak dakwah banyak2 kat semua.
(hanya 3 amalan yg dibawa ke kubur iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah, dan dOa anak2 yang sOleh)
Dan Siti Hajar minta disampaikan kepada kawan2..yang dia minta maaf..atas segala salah silapnya.. tOlOng panjang2kan kepada teman2 yg mengenali dirinya khususnya. Bila dah sehat, ada sesuatu yg dia nak cerita. Apa dia ??? Maknya kata sesuatu yang mampu tingkatkan keimanan kita.
(“Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dOsa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”)
Ibu beliau memOhOn maaf kepada semua kerana sebelum ini tidak membenarkan lelaki untuk melawat, ini kerana keadaan Siti Hajar yang penuh dengan tiub untuk membantu beliau pulih dari pembedahan. 
Alhamdulillah sekarang tiub2 tersebut sudah dicabut, dan ibunya bOleh membantu beliau menutup bahagian auratnya.
(apabila dia memelihara auratnya pasti Allah memelihara keaibannya)
“Tentang kaki yg patah, saya dah tengOk x-ray. Patah berlaku pada kedua dua tulang kat betis . Tapi patahnya tidak bersepai. Ia seperti rekahan pada dinding. Jadi ia hanya simen dan tak masukkan besi. 
Menurut dOktOr, pada usia muda spt Hajar, patah begitu boleh bersambung semula dgn lebih mudah. Lebih mudah utk hjr, sewaktu tulang itu sedang dipulihkan oleh badan, dia x perlu menanggung kesakitan akibat patah tulang tersebut. Nyata Allah meringankan deritanya.”
(bila kita mudahkan jalan Allah, pasti Allah akan mudahkan kehidupan kita)
“Medium utama penjagaan/perawatan mck terhadap siti hajar ialah penggunaan air zam zam.
(“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”)
‘Peranan saya pula sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan penuh pada Allah. ” (ada tiga dOa yang di terima Allah secara langsung iaitu dOa orang teraniaya,dOa orang yang bermusafir dan dOa orang tua (ibu dan Bapa) terhadap anaknya)
mudah2an sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita sbg khalifah Allah di muka bumi ini, walaupun tidak pernah mngenalinya tetapi mengikuti perkembangannya seperti telah mengenalinya…..Al-fatihah~

sama sama kita ambil iktibar ;)

Friday, 1 February 2013

Segmen : Aku Nak Blogwalking n Follow Blog Korang

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum ~


ne 1st time jOin, nak try laa..jOm jOin !!! ;)

tarikh TUTUP : 28 Feb 2013


keleBihan Hari Juma`at

' 1 Februari 2013 '

Bismillahirrahmanirahim

assalamualaikum ~ 

salam Juma`at daripada saya Nur Haffizah Ramli Ahmat untuk muslimin & muslimat

KELEBIHAN HARI JUMA`AT ;

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)




Wednesday, 30 January 2013

❤ cOnvOcatiOn ❤


Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum ~

HEHEHE~ awalnya saya cOnvO an ? jgan silap..ne cOnvO untuk SPM jaa blum g ambil diplOma, ijazah dll..ne cOnvO yg ke2, yg prtama tUu tem tadika, HEHE~ kira cOnvO jgak laa tUu, dpat pkai jubah besOoo lain dari jubah biasa, kihkihkih..walaupun cOnvO biasa tpiiiiii nak naik stage bdebar debar jgak, ylaa yB yg sampaikn..HUHU~ rasa mcm dapat PhD pula [Insya Allah, amin]..HIHI~ mudah mudahan ne bukan cOnvO yg terakhir, amin ❤ 

ne laa backgrOund kami

sempat g take pic sblm acara bermula

peaceeeee !

*
*
*
*
*

sebelum naik stage 

HEHE~ 

with my classmate 

my friends

friends  

  my belOved parents 

HEHE~ macam dapat PhD an..parents sentiasa suppOrt, thank yOu baba mama  ♥ LOVE u !!! kakak akan berusaha untuk berjaya didunia &&& akhirat  ♥ 

Tuesday, 29 January 2013

keRjaya Ku [ Insya Allah ]


Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum ~

hmmm, cuti menunggu result SPM hampir nak habis daa..huhu~ tem SPM ambil aliran sains tulen..x tau laa mcm mna dpat msuk klas sains ne, daa laa x suka sbjek sains  sejak d bangku sekOlh rendah..tupp tupp tupp !! masa SPM kna plak aliran sains, dugaan..xpa laa pengalaman wlupun bnyak pahit brbanding manisnyaa..HEHEHE~ nak jdi akauntan tpi dpat aliran sains, xpa laa [tmbah ilmu]..jauuuuuu melencOng aliran sains, tup tup nak jdi akauntan pulak..almaklum laa sya suka tengOk nOmbOr bbanding mmbaca &&& mghafal..HIHIHI~ masa cuti ne laa kna tauuu apa KERJAYA DIBIDANG AKAUNTAN ne nnti daa smbng stdy xlaa blurrrr, kan ??? jOm tgOk apa ada dalam bidang akauntan ne ;



Akauntan
Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.
Keterangan Tugas
Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;
Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;
Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;
Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
Akauntan
Juruaudit
Akauntan, Kos
Akauntan, Cukai
Bendahari
Setiausaha Syarikat
Juru Perunding
Penolong Akauntan
Kerani Akaun
Ciri-Ciri Peribadi
Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.
Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.
Kelulusan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
Association of Certified Accountants (U.K)
Institute of Cost and Management Accountants (U.K)
The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)
The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)
The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)
Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)
Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.
Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.
Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Antaranya:-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Teknologi MARA
4. Universiti Sains Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
6. Universiti Malaysia Sarawak
7. Universiti Malaysia Sabah
8. Universiti Islam Antarabangsa
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10. Kolej Tunku Abdul Rahman
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut
1. Universiti Tenaga Nasional
2. Adorna Institute Of Technology
3. Brickfields College & Country Heights Education Sdn. Bhd.
4. Institut Teknologi Pertama
5. Inti College
6. Kolej IKRAM
7. L&G – Twintech Institute Of Technology
8. Sepang Institute Of Technology
Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.
Penolong Akauntan
Keterangan Tugas
Menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa yang bimbingan akauntan.
Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain.
Menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu.
Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej perisian komputer yang standard.
Memberi bantuan dalam penyediaan unjuran aliran tunai dan belanjawan.
Menyediakan hasil perakaunan dan hasil lain bagi penyampaian dalam bentuk graf atau jadual.
Menggunakan pengetahuan mengenai prinsip perakaunan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas.
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Menyelia pekerja-pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Di antaranya: Penolong Akauntan
Ciri-Ciri Peribadi
Sama seperti Akauntan
Kelulusan
Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Pengajian Bank, Pengajian Perakaunan atau kelayakan yang setaraf
Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom.
Prospek Kerjaya
Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan
Di Sektor Swasta Pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.
Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-
Universiti Teknologi MARA
Politeknik Dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Kolej Tunku Abdul Rahman.
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
Adorna Institute Of Technology
Institut Sarjana
Sepang Institut Of Technology
Systematic Education Group Bhd
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain.
Kerani Akaun
Keterangan Tugas
Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kita
Membuat pengiraan yang sewajarnya
Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad
Mengira kos pengeluaran dan pengendalian
Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.
Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.
Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar.
Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan.
Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan.
Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai.
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelaskan Di bidang Ini Diantaranya:-
Penyimpan Kira-Kira
Kerani ,Akaun
Kerani ,Bank
Kerani, Audit
Kerani, Kredit
Kerani, Gaji
Kerani Kos
Kerani, Bil
Ciri-Ciri Peribadi
Menyesuaikan diri dengan mudah
Bersungguh-sungguh dan teliti
Suka mempertahankan diri
Cekap
Petah
Sopan
Praktikal
Tekun
Tenang
Tidak berkhayal
Kelulusan
SPM atau setaraf, kepujian Bahasa Malaysia dan Matematik