Wednesday 23 January 2013

? Buah Khuldi ?



Assalamualaikum ~

Khuldi ??? nama yang diberikan oleh syaitan ??? Sebenarnya, pOhOn ini ada diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran. Ia adalah pOhOn larangan yang ada di dalam syurga. Allah SWT melarang daripada Nabi Adam dan Hawa mendekati pOhOn ini. Kerana apabila pOhOn ini didekati oleh Nabi Adam dan Hawa, mereka akan menjadi susah. Itu yang diberitahu oleh Allah SWT.

Namun pun begitu, pohon ini tidak diberikan nama yang khusus sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim”. (Al-A’raf: 19)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”. (Al-Baqarah: 35)

Kata Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi di dalam kitabnya ‘Al-Qosos al-Qurani’ menjelaskan: “Di dalam nas-nas sama ada al-Quran dan hadis-hadis yang sahih tidaklah memperincikan kepada kita akan berkenaan dengan pokok ini. Walaupun begitu, kita jangan pula pergi merujuk kepada cerita-cerita Israiliyat yang palsu. Mungkin lebih baik kekalkan apa yang Allah SWT beritahu di dalam al-Quran tanpa tokok tambah. Maka apa yang boleh dikatakan mengenai pohon ini ialah, ia adalah salah satu jenis pohon yang ada di dalam syurga, dikenali oleh Nabi Adam dan Hawa dengan mata mereka sendiri, yang mana ia dilarang untuk didekati oleh Nabi Adam dan Hawa, dan tidaklah menjadi mudarat (Iman dan akidah) kita untuk tidak tahu mengenainya.” (Al-Qosos al-Quran: hlm 126)

Namun syaitan membuat helah dan tipu daya yang berterusan kepada Nabi Adam dan Hawa. Syaitan memberitahu bahawa pohon ini adalah pohon yang membolehkan kamu kekal lama berada di sini, sebab itu Allah melarang kamu memakan buah pohon ini. Kata Syaitan laknatullah, “Sesungguhnya Allah SWT tidak mahu kamu kekal berada di sini, sebab itu Dia melarang kamu memakan buah ini. Allah juga tidak mahu kamu berdua menjadi ketua bagi para Malaikat, dan tidak mahu kamu menjadi antara orang yang kekal. Justeru, jika kamu berdua memakan buah ini, maka kamu akan menjadi ketua selama-lamanya di sini (syurga).” (Al-Qosos al-Quran: hlm 128)
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).” (Al-A’raf: 20)

Lagi firman Allah SWT yang bermaksud: “Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?” (Taha: 120)


Itulah tipu daya yang dilakukan oleh syaitan kepada Nabi Adam dan Hawa supaya mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan memakan buah pohon ini.
yaa, syaitan yang memberikan nama kepada pohon ini. Sebab itu buah pohon ini dinamakan dengan ‘al-Khuldi’, ia berasal daripada perkataan ‘Kholada’ yang membawa maksud ‘kekal’. Syaitan membuat helah kepada Nabi Adam dan Hawa dengan mensifatkan pohon ini dengan buah yang kekal abadi bagi sesiapa yang memakannya. Padahal ia adalah pohon larangan Allah SWT.
Namun, Nabi Adam dan Hawa tidak memakan buah itu selagi mana syaitan tidak bersumpah terlebih dahulu sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan ia (Syaitan) bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua”. (Al-A’raf: 21)

Maka dengan pantas, syaitan melakukan sumpah palsu ke atas mereka berdua. Dan Nabi Adam dan Hawa termakan dengan sumpah tersebut, lalu mereka pun memakan buah tersebut. Itulah sumpah dusta yang pertama wujud di dalam sejarah manusia. Wallahu A’lam

No comments:

Post a Comment